Pages

Wednesday, 25 February 2015

ALL OF ME

25/2/2015

                                                           wednesday

bismillahirrahmanirrahim :) Assalamualaikum w.b.t semua pembaca blog. alhamdulillah sekian lama mich jaa menyepi, sekarang baru berkesempatan nak bersua dengan blog yang kemungkinan dah lama tak diupdate segala isi kandungannya. MasyaAllah mich jaa sangat sibuk akhir-akhir ini sejak diri ini bergelar student diploma. alhamdulillah rezeki lebih berpihak pada bidang diploma berbanding form6. sekarang mich jaa sudah melangkah kepada semester 4, tahun kedua bidang pengajian ini.
alhamdulillah syukur ke hadratNya :)

topik utama mich jaa nak bincang dengan pembaca :


cinta ? perlu ke cinta dalam hidup ? sejujurnya pendapat mich jaa, cinta memang sangat diperlukan sebabnya manusia semua mempunyai nafsu untuk bercinta. contohnya remaja zaman sekarang, yang masih di bangku sekolah semestinya dah pandai dan mahir dalam hal-hal yang berkaitan dengan ini. pembaca sekalian, sebenarnya ingin sekali mich jaa ingatkan bagi yang beragama islam semestinya kita harus dahulukan cinta kita kepada pencipta kita ALLAH SWT . bagi yang bukan beragama islam semestinya anda juga harus utamakan cinta kepada Tuhan anda. cinta kepada manusia memang tidak salah tetapi tidak boleh melebihi cinta kepada pencipta kita.

mich jaa sendiri mempunyai pengalaman bercinta. sekarang mempunyai pasangan baru walaupun keduanya masih di alam belajar. nafsu ini memang tidak dapat dikawal kerana itulah fitrah manusia. tapi jangan disebabkan nafsu tidak dapat dikawal kita melakukan apa-apa yang terlarang. bercinta memang indah, teramat indah jika seseorang itu betul-betul menghargai cinta. tapi jarang bagi kita sendiri untuk dapatkan pasangan yang sempurna kan? tiada siapa tak dambakan pasangan yang sempurna. kenapa keinginan kita lebih kepada mahukan pasangan yang sempurna? jawapan yang semestinya pembaca sendiri tahu, tiada manusia mahu terpesong kepada jalan yang salah. 

masa kita remaja, mungkin kita takkan terfikirkan pasal ini semua, tapi apabila kita dah ada keluarga sendiri barulah kita faham apa yang bakal dilalui. pembaca yang dah ada pasangan sekarang, mesti inginkan hubungan ini kekal sehingga akhir hayat kan? in sha Allah jikalau dengan izinNya. tapi satu sahaja nasihat dari mich jaa, senadainya kita tiada jodoh dengan si dia, redhailah kerana dia bukan jodoh kita.

pembaca. mich jaa mampu coretkan ini sahaja pada masa lapang ini. in sha Allah ada kesempatan masa, mich jaa akan bersua lagi dengan pembaca :)

ASSALAMUALAIKUM
end of semester three at pht :)

No comments:

Post a Comment

you think you can write here ?